Warzone 2100

Warzone 2100 merupakan permainan komputer strategi masa sebenar sumber terbuka yang diterbitkan Eidos Interactive. Ia asalnya dikeluarkan pada tahun 1999 untuk Microsoft Windows dan PlayStation, dan sekarang boleh didapati untuk Mac OS X, Linux, dan sistem pengendalian lain.Warzone dikeluarkan sebagai permainan komersil, tetapi pada 6 Disember 2004, kod sumber dan datanya dikeluarkan di bawah Lesen Awam Am GNU. Pada 10 Jun 2008 lesen permainannya dijelaskan dan pengedaran video dan runut bunyinya dibenarkan.[1]